KekMarble Yang Sangat Gebu Azie Kitchen. Bagi yang belum follow facebook Azie Kitchen boleh klik link di SINI. Resepi sagu gula melaka santan kotak resepi salad sayur mayonis kfc resepi sambal goreng ikan bilis garing resepi roti telur hancur mayonis resepi sambal goreng ikan bilis petai resepi roti telur cheese resepi sagu mata ikan berkuah
ResepiAyam Gulai Kuning Lezat | Resepi Simpel. Resepi Simpel - Hasil pencarian untuk ayam gulai kuning. 89 resep masakan rumahan yang mudah dan enak. Lihat juga resep Ayam Gulai Kuning No Santan enak lainnya! Dengan memakai Cookpad, kamu menyetujui Kebijakan Cookie dan Ketentuan Pemakaian . resepi ayam masak lemak kuning blog farah sanusi
Ayamdibuang kulit, dibersihkan dan toskan. Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisek, daun kunyit, garam dan gula) ke dalam kuali besar dan kacau sebati atas api perlahan. Masak hingga ayam lembut dan kuahnya sebati..Kacau sekali sekala. Masukkan garam, gula dan kerisik, daun kunyit dan kacau rata. Seimbangkan rasa.
Resepiikan keli goreng berlada sedap cocok untuk 4 orang. Resepi Daging Grill Steamboat. 20 tangkai cili kering 3 sudu besar cili kisar. Baru habis masak ayam berlada sedap alhamdulillah mmg sedap dan lazat terima kasih pd azie kitchen krn sudi kongsi. Ikan Bawal Tiga Rasa. Jadi untuk artikel kali. Baru rasa rangupnya ikan dic.
NasiKuning Ayam - 15 images - cara membuat nasi kuning ayam yang enak aneka kreasi resep masakan, resep tumpeng nasi kuning rumahan oleh endda kumala cookpad, resipi lengkap set nasi ayam goreng rangup rasa, pulut kuning dapur tanpa sempadan,
t90aNUS. Ramadhan Kareem buat semua pembaca blog Azie Kitchen. Hari ini ialah hari ke4, kita semua berada di Akademi Ramadhan, jadi pastikan kita berjaya hingga ke akhirnya dan menamatkan akademi Ramadhan dengan kejayaan. Hari ini saya ingin berkongsikan resepi Rendang Daging Sedap giler. Melihat tajuk resepi jer dah membuat hati teruja untuk mencuba. Klik blog Baked By Che Ta di SINI. Untuk menghasilkan rendang Asmah Manjalara yang sedap dan tahan lama, disarankan supaya kita hanya menggunakan bahan bahan asli dan segar. Resepi ini yang digunakan untuk mengambil tempahan dan juga pernah tempat pertama dalam pertandingan masakan. Ohh kalau tak teruja lagi dengan keterangan resepi ini tak tahu lah nak kata apa lagi. Serius harum semerbak dapur semasa ianya sedang disediakan. Saya ada jugalah tidak mengikut resepi sedikit sebanyak iaitu menggunakan serbuk ketumbar dan jintan yang telah siap dikisar. Tapi kalau di sangai dan kisar sendiri, pasti lebih lagi lah wanginya. Satu cara nak menghasilkan rendang yang sedap ialah dengan menggunakan bawang yang banyak serta santan yang banyak, terutamanya santan segar. Pasti sedap. Saya suka rendang yang sedikit berkuah dan basah. Jika suka rendang yang sedikit basah, bolehlah ditambah sedikit air, jika ianya terlebih kering. Kuah rendang boleh di adjust adjust dengan menambah air. Kalau suka rendang seperti rendang Minang atau rendang Tok yang lebih kering, ianya dikacau atas api perlahan sehingga ianya menjadi kering dan berwarna gelap. Apa pun pilihan dan kesukaan kita, buat aje kerana kita yang membuatnya kan? Gambar rendang yang sedikit basah seperti di dalam gambar di bawah ini... Jom layan resepi dan petua petuanya yang diberikan Che Ta di bawah resepi ini. Terima kasih banyak banyak kepada Che Ta kerana telah sudi berkongsikan resepi serta memberi pula tips yang sangat berguna untuk menghasilkan rendang yang sedap dan tahan lama. Bolehlah sama sama kita cuba menyediakan rendang ini di bulan Ramadhan sebagai hidangan berbuka atau bersahur dan boleh menyediakannya sekali lagi untuk hidangan di pagi Raya Aidil Fitri nanti. Selamat mencuba.... Rendang Daging Sedap Giler Bahan bahan 1 kg daging 3 cawan cili kisar - guna 6 sudu besar 1 kg santan pekat 4 sudu besar kerisik - guna 1 1/2 pek 2-4 helai daun kunyit-carik Garam, asam jawa dan gula Bahan A 8 ulas bawang merah - saya tambah 1 biji bawang besar sedang 5 ulas bawang putih 2 inci halia Bahan B 2 inci lengkuas muda 7 batang serai - hiris 2 sudu besar ketumbar rata - sangai wangi 1 sudu besar jintan manis - sangai 1 sudu besar jintan putih - sangai Cara cara Kisar bahan A. Tapis dan airnya diguna untuk kisar bahan B. Kalau tak cukup tambah sedikit air. Kisar pula bahan B. Panaskan minyak tumiskan bahan A hingga ringan. Masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak. Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi. Pastikan minyak banyak sesuai dengan kuantiti bahan yang ditumis. Jika kurang, bahan bahan tumis tidak cukup masak. Masukkan daging dan gaul rata hingga bercampur semuanya. Bila daging dah keluar air masukkan santan, daun kunyit dan sedikit garam. Masak hingga daging empuk. Boleh tambah air jika daging masih belum empuk. Masukkan kerisik, air asam jawa dan gula. Rasa masam manisnya. Cara memasak menggunakan periuk Noxxa Tekan butang stir fry dan masukkan minyak. Bila sudah panas masukkan bahan A. Kacau hingga ringan. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak. Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi. Off kan butang stir fry. Masukkan daging, santan, kerisik dan daun kunyit. Untuk sekilo daging santan pekat lebih kurang 1/2 bahagian periuk dan jangan terlalu kurang cecair santan untuk mengelakkan bahagian bawah dasar periuk berkerak. Gaul rata. Tutup periuk dan tekan butang high pressure selama 30-40 minit. Bila sudah cukup masa keluarkan angin dari periuk dan buka tutup periuk. Tekan butang stir fry untuk mengeringkan rendang. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Suaikan rasa ikut selera. Kacau kacau selalu dan masak hingga kering. Cara lain untuk mengeringkan rendang ialah aku alihkan rendang dari periuk Pressure Cooker ke dalam kuali dan keringkan dalam kuali besar. Lebih mudah untuk mengacau hingga kering. ***Tips. 1 Pastikan bahan bahan yang ditumis benar benar masak supaya rendang tahan lama. 2 Bila rendang telah agak agak kering kecilkan api dan kacau sekali sekala sehingga terbit minyak. 3 Rendang yang cantik dan tahan lama ialah apabila minyak telah keluar dari rendang itu. 4 Untuk membuang minyak yang berlebihan - kuakkan rendang ke arah ke luar kuali hingga membentuk bulatan dan biarkan minyak yang berlebihan bertakung di tengah tengah kuali. Bila telah sejuk ambil rendang ditepi tepi kuali tanpa mengusik minyak yang bertakung di tengahnya. 5 Jika menggunakan periuk PC set masa 20-30 minit untuk daging batang pinang dan daging biasa selama 30-40 minit. Proses mengering rendang akan menjadikan daging lebih lembut. 6 Jangan tutup rendang yang masih panas dengan dulang atau tutup periuk. Ini menyebabkan rendang cepat basi. Tutup kuali dengan tudung saji yang besar bulat. 7 Gunakan rempah2 yang masih baru dan disangai hingga wangi. Rempah rempah ini yang membuatkan rendang menjadi lebih sedap. Percayalah...jika rendang anda sedang menggelegak dan bau harumnya mula terhidu dan buatkan anda berasa lapar atau terasa nak makan maknanya rendang itu pasti sedap. Suaikan rasa masam, manis dan masin.
9/29/2015 Harap masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua yang beragama Islam. Hari Raya kali ini agak mendukacitakan bila mendapat tahu pemergian ke Rahmatullah Ustaz Abdul Rasyid dari Tahfiz Ar Rasyid Sg Udang Kelang. Kematian pasti terjadi kepada semua makhluk yang bernyawa. Kita yang masih hidup, perlu menggunakan peluang yang ada untuk menambahkan amalan soleh sebelum kita menyesal. Bila menyentuh bab menyesal, saya ingin kongsikan bahawa saya memang tengah kemaruk hendak membeli handbag baru. Saya rasa amat menyesal kerana beberapa tahun dahulu, kawan saya Dr Mazlina mahu tolong membelikan handbag di Heathrow dengan harga RM6500 tetapi ketika itu, saya teragak agak. Beliau pula hampir berangkat balik. Masa tu, belum ada whatsApp, cuma berkomunikasi melalui email. Email pula bukan terus delivered, kena tunggu beberapa minit. Sekarang harganya telah melebihi dari RM15000. Jadi setiap kali teringat peristiwa ini, saya akan rasa sangat menyesal kerana tidak membeli bag tersebut ketika itu. Dalam masa yang sama, saya berkata sendirian, bagaimana pulak, jika selepas mati, menyesal selama lamanya kerana tidak membuat amalan soleh yang banyak ketika hidup di dunia? Bayangkan dengan urusan dunia pun saya boleh menyesal bertahun tahun. Sebelum kita menyesal, lebih baik kita mula berbuat sesuatu mulai sekarang. Berbalik kepada bab Aidil Adha, saya selalu mendengar ucapan yang mengatakan di Kelantan Hari Raya Adha yang meriah. Pada mulanya saya pun tak mengerti mengapa ianya dikatakan begitu. Adakah kerana ianya diberi cuti selama 2 hari bagi hari Raya Aidil Adha. Hanya setelah ada sedikit ilmu barulah saya faham yang bagi umat Islam seharusnya hari raya Aidil Adha yang disambut dengan meriah kerana adanya ibadah korban yang dibuat pada 10 hingga 13 Zulhijjah. Berkorban adalah ibadah sunat yang sangat dituntut kepada semua yang mampu untuk melakukannya setiap tahun sebgai tanda kesyukuran kepada Allah. Saya menyediakan Rendang Ayam ini untuk dimakan dipagi raya bersama dengan lemang yang hubby tempah. Bercakap pasal hidangan pagi raya, adalah diingatkan bahawa adalah sunat untuk kita tidak bersarapan sebelum mengerjakan solat sunat Hari Raya Aidil Adha berbeza dengan Hari raya Aidil Fitri di mana kita disunatkan makan terlebih dahulu. Berbalik pada rendang, sebenarnya memasak rendang ini sangat mudah dan cepat. Sesiapa pun boleh memasak rendang. Rendang adalah masakan baru pada saya kerana sejak kecil, kami tidak pernah memasak rendang. Setelah bekerja, berhijrah ke Kuala Lumpur dan berkahwin, barulah saya mengenali masakan rendang. Boleh sahaja jika ingin menggunakan bawang merah yang dihiris, tetapi saya tidak punya banyak masa kerana berkesempatan memasak hanya di malam raya. Badan pun telah kepenatan setelah seharian bekerja. Jadi semua bahan hanya dikisar sahaja. Kali ini saya meletakkan buah keras untuk menambah lemak seperti mana juga saya memasukkan buah keras dalam sambal tumis. Jom layan resepi mudah yang saya gunakan pada hari ini. Rendang Ayam Mudah dan Sedap 1 ekor ayam 1 kilo santan - guna 1 santan kotak 2 sudu besar kerisik 2 helai daun kunyit - dihiris halus Minyak untuk menumis Garam Gula/gula merah 20 tangkai cili kering - guna 4 sudu besar cili kisar 2 labu bawang besar 6-8 ulas bawang putih 2 inci kunyit hidup 4 batang serai 3 inci halia 3 inci lengkuas 2 biji buah keras Cara-cara Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam agak kecut dan kering airnya, baru masukkan santan. Terus masak dengan api kecil sehingga pekat dan pecah minyak. Masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping. Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan bolehlah ditutup api. Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.
resepi rendang ayam sedap azie kitchen